Kelas E-usahawan MDEC

6 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas E-usahawan MDEC merupakan kelas anjuran bersama dengan MDEC bagi memdedahkan usahawan online di sekitar Taman Sepakat Jaya. Kelas tersebut berlangsung pada 05 Ogos 2018 bersamaan hari Ahad di Bilik Latihan Pusat Internet Taman Sepakat Jaya. Kelas tersebut diajar oleh Coach bertauliah dari MDEC iaitu Coach Elle Yusuf. Para peserta di ajar mengenai Google trends, Whatsapp for Business, Facebook Page, Facebook promotion and marketing, Cara mengambil gambar, Copy writing, dan juga lain-lain. Para peserta turut di ajar cara menggunakan Canva bagi menghasilkan logo syarikat, poster, dan facebook ads.

Kelas ini berlangsung di Bilik Latihan, Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 6 jam bermula dari pukul 10 pagi sehingga 4 petan. Para peserta yang mengikuti kelas tersebut tidak di caj apa-apa bayaran. Selain itu, mereka turut disediakan dengan sarapan pagi dan makan tengahari. Setisp peserta yang mengikuti kelas tersebut turut diberikan sijil dari MDEC.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali